Thursday, 14 February 2013

Sejarah Korset

Sblm ni kita cerita pasal kelebihan korset kn.. skrng sy nk cerita pasal sejarah korset pulak.. macam mana bole ada pemakaian korset ni.. Jom layan... info yg menarik ni saya jumpa di blog 1001 Perempuan..

korset diperkenalkan sejak tahun 1820 di Eropah. kalau nak cerita pasal sejarah korset, memanglah sangat panjang. asalnya dari korset jenis besi yang bertujuan untuk melindungi wanita dari berkelakuan curang pada suami, sampailah korset yang diperbuat dari tulang ikan paus dan keluli. tujuan masih sama. untuk melindungi wanita supaya tidak mudah bergerak bebas dalam melakukan apa-apa. ia untuk menjaga moral seseorang anak gadis dalam keluarga. di Eropah dulu, hanya golongan kelas atasan sahaja yang memakai korset. semakin ketat korset tersebut, maka semakin sukar lah wanita itu untuk bergerak dan melakukan kerja. maka, ia dianggap kedudukan wanita itu yang maha suci dikalangan masyarakat umumnya. biasanya dia cuma duduk diam di rumah dan bercantik-cantik sahaja. tak perlu melakukan kerja-kerja di rumah seperti memasak dan mengemas rumah kerana ada bibik yang buatkan untuknya. ohh... walaupun dia nampak cantik, tapi azabnya memakai korset itu hanya dia dan tuhan saja yang tahu. korset pada zaman itu sangat menyakitkan dan tidak selesa dipakai tahuu!!

korset berubah mengikut zaman. dan akhirnya, sehingga sekarang korset masih digunakan tapi bukan tujuan untuk melindungi wanita dari berlaku curang. tapi ia digunakan untuk tujuan kecantikan. ya! korset adalah pakaian dalam yang sangat penting untuk menyokong tulang belakang, mengangkat payudara dan membentuk pinggang orang perempuan. selain menjaga bentuk yang sempurna, ia juga mampu menyembunyikan lelemak di badan.

bagi perempuan yang sekarang ini mempunyi bentuk badan yang kurang menarik, hmm... bentuk macam voluptuous chubby, chubby, plum, BBW atau yang seangkatan dengannya, atau bentuk badan ala average, nak bagi bentuk tu lebih menarik, penggunaan korset adalah jalan terbaik selain diet dan bersenam. aktiviti diet dan bersenam adalah untuk pembakaran lelemak yang berlebihan. bagaimana pula bentuk badan anda selepas itu? adakah menggeleber atau lembik semacam? payudara yang besar akan jatuh bila berat badan susut seiring dengan pengurangan lelemak dibadan. jadi, cara yang terbaik untuk memastikan bentuk payudara kekal cantik adalah dengan memakai pakaian dalam (lingerie) yang bersesuaian untuk memberikan impak bentuk yang menawan hasil daripada usaha anda menurunkan berat badan ataupun nak kurus.

impak ketara bila kita memakai korset ini untuk jangka waktu yang panjang ialah badan akan nampak lebih cantik, (mantap sangat!) tanpa kelihatan lebihan lelemak di celah-celah badan. contoh pinggang, perut, peha, lengan, dan tepi payudara (tak tahu nak panggil apa bahagian tu).

sekarang ini ada baaaaaanyak sangat jenama lingerie yang menawarkan set lingerie body shaping. teknologi semakin canggih maka, design set lingerie body shaping juga telah diperbaiki dengan fabrik yang berkualiti, selamat, selesa dan memenuhi kehendak wanita pada hari ini. anda harus memilih yang manakah yang sesuai untuk badan anda. ada certain fabrik, bila dipakai lama-kelamaan ia akan nampak pecah (tak tahu macamana nak explain sudahh..) ada pulak bila mula-mula pakai elok jer melekat di badan. bila duduk atau bergerak jer, bahagian pinggang tu tergulung masuk ke dalam lalu mencengkam pinggang. bra nya pulak terlalu ketat sehingga menyakitkan garisan bawah payudara.
Ini la korset idaman hati saya.. sbb ade tali nk tarik mcm dlm filem Titanic tu..

NASIHAT YG BERGUNADAN PENTING YG DIBERI OLEH PENULIS BLOG 1001 PEREMPUAN.
KREDIT TO THIS BLOG ;)

wahai sayang-sayang sekelian, anda kena tahu apa yang badan anda perlukan. jika anda ingin membeli set lingerie body shaping, hal yang paling penting sekali untuk anda lakukan adalah FITTING. mencuba pakaian dalam itu terlebih dahulu sebelum membelinya. ini kerana saiz badan setiap kita adalah berbeza. silalah jangan terpengaruh dengan iklan-iklan yang menawarkan set body shaping yang menawarkan FREE SIZE kerana dikhuatiri tidak memenuhi kehendak tubuh badan anda. perkara yang paling selamat anda lakukan untuk membeli set lingerie body shaping ini adalah dengan pergi sendiri ke kedai yang menjualnya, dan MESTI FITTING. kalau kedai itu tidak membenarkan anda fitting dan hanya bertanyakan saiz pinggang, punggung dan dada anda sahaja, lebih baik blah dari situ dengan segera!

sayang-sayang sekelian kena ingat, memakai lingerie body shaping memerlukan kesabaran dan kekuatan mental yang tinggi. pada awalnya anda akan merasa kurang selesa. tapi lama-kelamaan, anda akan merasai sendiri perubahan dan anda akan semakin menyukainya. minimum penggunaan lingerie set body shaping ini adalah 8 jam. dan badan kita memerlukan keselesaan sepanjang 8 jam itu untuk bekerja dan melakukan aktiviti kesukaan kita. jadi, silalah ikuti nasihat saya ini. penat saya taip tahuu!! jangan bazirkan wang anda pada sesuatu yang tidak mendatangkan keuntungan pada anda. mungkin anda terpaksa melabur wang yang lebih untuk mendapatkan penjual set lingerie body shaping yang menawarkan servis "fitting dulu sebelum beli". tapi saya yakin, pelaburan anda tidak akan sia-sia.

Wednesday, 13 February 2013

Korset: Apa kelebihannya??

Kali ni saya nk bercerita tentang korset pulak.. Mcm yg kita tau la, korset ni mmg dr dlu lg org dah pakai dan bermacam- macam panggilan yg ada.. ada yg panggil bengkung, girdle,lingerie.. n mcm2 lg la.. tp tujuannya tetap sama, iaitu untuk membentuk badan supaya kelihatan cantik.. jadi xhairan la klu kita bole lihat org dlu2 kebanyakkannya pinggang ramping mcm kerengga..
Saloma

Marilyn Monroe


 Saya ni mmg peminat setia cerita P.Ramlee xkisah la cerita ape pn.. so, masa kecik2 dlu sy tgk pinggang Saloma ni kecik gile.. mcm mana la dia buat ek??? dia xmakan lnsung ke...Yela..masa 2 naif lg..mana la tau pasal korset2 ni.. yg boleh tau pasal korset ni pn bila tgk cite Titanic, ada scene mak Kate Wislet pkaikan korset n tarik tali kt pinggang kuat supaya jadi ramping..lepas tu baru sy fkir..oooo..camni diorg buat ek??

Ok.. sblm tu sy nk share la psal kelebihan pakai korset ni..ni fakta tau bkn auta..
Korset telah lama digunakan sebagai aksesori untuk tujuan estetik dalam dunia fesyen. Ia telah direkabentuk untuk memberi kesan "glass hour" kepada wanita dgn segera, memberi penekanan kepada bidang-bidang tertentu badan, dan untuk mengagihkan berat gaun yang berat. Walaupun hari ini fesyen tidak memerlukan pakaian intensif seperti korset, mereka masih dipakai oleh orang-orang di seluruh dunia. Terdapat kedua-dua kebaikan dan keburukan untuk memakai korset untuk tempoh masa yang pendek atau yang dilanjutkan.

Kelebihan ketara terutamanya estetik atau peribadi bersifat seperti memberikan pemakainya lihat yang dikehendaki - penuh pinggul dan dada, pinggang yang lebih kecil. Corsets juga boleh membuat seorang wanita muncul lebih nipis, curvier dan murni menjulang kerana kesan ke atas postur. Corsets juga boleh serta-merta mengurangkan ukuran pinggang, dan dari masa ke masa, mengurangkan selera makan dan lemak badan. Sejarah, mereka telah membantu mengagihkan berat gaun besar dan digalakkan bernafas cetek dipercayai mempunyai kesan yang menarik pada lelaki. Mereka juga boleh menyediakan penebatan tambahan dan kehangatan bagi pemakainya.

Terdapat juga beberapa manfaat kesihatan kepada pemakai korset . Mereka menggalakkan postur yang baik, memberikan sokongan penting untuk bahagian belakang, dan juga boleh mengurangkan kesakitan dan keradangan bagi mereka yang mempunyai gangguan otot / tulang. Sesetengah wanita berdada besar walaupun bermegah bahawa mereka menerima sokongan yang lebih baik untuk buah dada mereka dan kesakitan yang kurang berkaitan dengan berat mereka apabila memakai korset berbanding coli standard. Apabila dipakai untuk tempoh masa yang lama secara tetap, juga dikenali sebagai latihan,korset boleh mengekalkan tekanan abdomen lebih masa akan mengurangkan lemak badan dengan supressing selera makan dan mengurangkan ukuran pinggang.

Haha..now sambung cerita kita...

Then, bila dh kerja sy pn cari la klu ade korset yg ada tali mcm 2..bole tarik kuat pastu jd la ramping..huhu..sbb bdn straight je xde cutting lnsung, klu pki dress mst xnmpk mcm pmpuan tulen pn..sdeynye..(tp sy pompuan tulen tau!!)puas cari kt kedai2 xde pn yg mcm 2.. last2 ade la akak kt 1 kedai 2 ckp... klu nk korset mcm 2 ade la.. Premium Beautiful. Tp mahal dik oii... xmmpu kite nk beli..adik beli yg ni jela.. murah je 60 hengget..Tp sy xbeli pn la.. sbb bkn tu idaman dihati.. rugi je beli klu xpki ..btul x?




Senaman Mudah Untuk Kempiskan Perut

Tak perlu sakit2 buat sit up, mudah je caranya..tp kesan sama mcm sit up setiap hari..tp kne konsisten la..klu buat sbulan skali jgn bising kalau xberkesan kn... Saya dah try(tp sy buat 1 hari 2kali la..bgun tdo n nk tdo)..cayelah..usaha membuahkan hasil...huhu..jom layan.

Bole try yg mana satu anda suke or klu try dua2 skali pn bgus...Good luck k!!!

Tuesday, 12 February 2013

4 Jenis Makanan untuk Kuruskan Badan

4 Jenis Makanan Untuk Kuruskan Badan | Ramai yang mencari dan masih tercari-cari cara nak kuruskan badan. Ada yang sanggup habis beribu-ribu ringgit untuk menguruskan berat badan semata-mata demi kecantikan paras rupa.
Tips atau cara-cara untuk menguruskan berat badan ada perlbagai kaedah. Antara kaedah yang boleh diamalkan ialah mengambilan makanan yang berkhasiat dan makan secara berdiet. Kaedah memakan ubat-ubatan amatlah tidak digalakkan kerana dikuatiri mengandungi bahan yang merbahaya kepada tubuh.
Makanan Untuk Mengamalkan Berat Badan Secara Sihat
TEH HIJAU
TERLALU banyak kajian yang menunjukkan khasiat teh hijau. Antaranya, kajian di Jurnal Antarabangsa obesiti, polyphenol mendapati, teh hijau dapat menjaga berat badan stabil dan boleh meningkatkan metabolisme serta turut membantu membakar lemak dalam tubuh dengan lebih mudah.
Kajian sains mendapati apabila anda minum dua hingga empat cawan teh hijau sehari, ia akan membakar kalori di dalam badan, sebanyak 17 peratus lebih tinggi daripada biasa dalam masa yang singkat. Sebaiknya, minum teh hijau ketika anda melakukan aktiviti untuk meningkatkan lagi kesannya.
Teh hijau juga antara penyelesaian yang dicari bagi kebanyakan orang dalam program pengurusan badan. Beberapa kajian membuktikan ekstrak cannatic dan asid gymnemic dalam teh baik untuk mengurangkan keinginan untuk mengambil makanan manis. Selain itu, teh hijau juga membantu melancarkan penghadaman dan menstabilkan kandungan gula dalam darah serta suhu badan.
Amalkan meminum teh setiap hari memberi keajaiban terhadap penurunan berat badan dan ia elok diambil sebelum makan.
LIMAU GEDANG
BEBERAPA penyelidikan menunjukkan buah ini mempunyai reputasi baik dalam menentang lemak kerana mengandungi bahan khusus membakar lemak pada tubuh.
Kajian dilakukan di Scripps Clinic terletak di La Jolla, California menunjukkan kebenaran fakta ini. Pengkaji mendapati, pengambilan separuh daripada limau gedang sebelum menikmati makanan mampu menurunkan berat badan. Pengkaji juga melakukan kajian terhadap kapsul limau gedang, jus dan dan isi asli limau gedang sendiri.
Namun, menikmati limau gedang itu sendiri lebih baik untuk memperoleh khasiat yang sepenuhnya. Kajian mendapati limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.
Separuh daripada limau gedang hanya mengandungi tiga kalori. Limau gedang mengandungi asid sitrik yang dapat mengurangkan kalori terkandung dalam makanan yang kita makan. Selain itu limau gedang juga mengandungi vitamin C yang baik untuk badan.
CUKA
CUKA memang sudah diketahui mempunyai banyak khasiat sejak dulu lagi malah, digunakan sebagai tonik kesihatan sejak beribu tahun oleh masyarakat Greek dan Mesir.
Pengambilan cuka sebanyak satu sudu teh dikatakan, melambatkan rasa lapar kerana ia akan melambatkan proses pencernaan zat tepung. Bau cuka mungkin kurang disenangi tetapi khasiatnya banyak termasuk mencegah dan menyembuhkan pelbagai penyakit, seperti kanser, jantung, arthritis, alergi, gangguan pencernaan serta memecahkan molekul lemak, sekali gus membantu proses penurunan berat badan.
Kajian di Minnesota, Amerika Syarikat, menunjukkan orang yang mengambil cuka epal dua sudu setiap hari selama lapan minggu dapat meningkatkan tahap kolesterol baik high density lipoprotein (HDL).
Pengarang buku, Khasiat Cuka – Cairan Ajaib Penyembuh Alami, Cal Orey, menyatakan cairan ini dihasilkan dari fermentasi buah yang kaya gula. Di antaranya cuka epal, cuka anggur merah, cuka malt, dan cuka beras.
Cuka juga sudah terbukti membantu menurunkan berat badan. Bahkan, selain sebagai campuran bagi melazatkan makanan, cuka juga cairan pembersih dan pengawet makanan alami.
Bagi umat Islam, cuka adalah makanan sunnah Nabi Muhammad SAW dan Rasulullah memakan roti bercicahkan cuka dan minum cuka bercampur air sejam sebelum menjamah sebarang makanan.
HALIA
SEJAK zaman berzaman, halia sering digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah sukar penghadaman, arthritis, melegakan masalah kekejangan perut dan membantu melancarkan peredaran darah.
Halia juga dapat meningkatkan metabolisme dan membakar kalori kerana sel tubuh harus mengeluarkan tenaga ekstra hingga 20 peratus untuk mengolahnya. Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh.
Selain dalam masakan dan minuman, halia juga banyak digunakan dalam perubatan tradisional yang menggunakan campuran herba. Sehingga kini ada 30 hingga 40 spesies halia yang direkodkan digunakan dalam perubatan tradisional.
Bagi yang ingin menurunkan berat badan, bolehlah mencuba mengamalkan petua ini. Kisar tiga inci halia dengan setengah cawan air. Tapis dan perah sebiji limau dan sedikit gula. Amalkan meminumnya sebelum tidur.
Wanita yang ingin langsing selepas bersalin, kebanyakan turut memanfaatkan halia bagi memenuhi hasrat itu. Antara kaedah digunakan ialah mencampurkan menumbuk lumat halia bersama lada hitam dan ikan bilis. Kemudian dicampurkan dengan perahan air limau untuk dimakan bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.
Pengambilan makanan tambahan dalam masakan ini bagus kerana ia adalah secara natural dan tidak menganggu sistem tumbesaran badan. Semoga ianya bermanfaat kepada anda semua.

Monday, 11 February 2013

Tips Untuk Kempiskan Perut

Tips ni bukan utk korng je.. untuk aku skali.. jom try same2 k.. Good luck you alls!!!

   1. Penting kualiti daripada kuantiti! Tidak perlu melaku beratus-ratus sit ups setiap hari! 1 ataupun 2 sessi seminggu dengan latihan berkualiti adalah lebih baik.    Don’t overtrain.
   2. Untuk merangsangkan otot abs anda setiap sessi, pelbagaikan latihan abs ! Gunakan latihan yang berbeza untuk latih abs daripada sudut yang berbeza. Bahagian abs termasuk, upper, mid, lower dan obliques.
   3. Fokus kepada contraction otot abs semasa latihan! Make sure its your abs that is doing the work dan bukan bahagian otot yang lain (back, leher dll).
   4. Fokus kepada pernafasan. Hembus nafas ketika “exertion” (ataupun ketika melakukan “crunch”). Ini akan membolehkan anda contract otot abs dengan sebaik mungkin
   5. Untuk sessi workout abs, lakukan 2-3 latihan yang berbeza. Sebagai panduan, stick to 3 set bagi setiap exercise dan 15-20 ulangan (reps) bagi setiap set!
   6. Latihan abs yang terbaik tidak akan menolong anda untuk kempiskan perut selagi adanya lapisan lemak antara otot dan kulit!
   7. Penjagaan makanan adalah mustahak untuk memeliki bahagian perut yang cantik! Elakkan makanan berminyak, garam. Minum banyak air dan pastikan anda mengamalkan diet yang seimbang.
   8. Look after your calories. Seperti mana yang saya katakana dahulu, anda harus create calorie deficit untuk membakar lemak berlebihan!
   9. Latihan cardio ataupun bersukan adalah cara yang sesuai untuk membakar calorie berlebihan! It also makes dieting easier as kita tidak perlu jaga pemakanan dengan terlalu rapat!
  10. Jika anda telahpun kurangkan lemak badan tetapi tidak lagi nampak abs yang cantik, kurangkan pengambilan sodium (yang takung air badan) dan make sure semasa latihan, abs are fatigued. Tingkatkan ulangan ataupun beban jika perlu!

Tips Langsing Dalam Berpakaian



Bagi semua wanita tampil langsing dan seksi menjadi dambaan yang tak pernah surut dalam hidup mereka. Ada banyak cara dilakukan para wanita supaya kelihatan langsing. Selain mengamalkan cara diet, berolahraga atau mengambil ubat-ubatan bagi mendapatkan bentuk badan yang ideal dan langsing nan seksi, amat penting bagi anda melakukan sesuatu pada penampilan anda. Berikut tip berpakaian yang perlu dilakukan oleh para wanita supaya kelihatan langsing :

*Supaya tampak lebih langsing, pilih pakaian dalam warna-warna senada.
* Elakkan corak yang besar.
* Sebaiknya untuk baju berwarna cerah, pilih yang tekstur dan potongannya membuat tubuh kelihatan tampak lebih    tinggi. Seperti rompi, jas, cardigan di bawah pinggul, dan pilih yang potongannya agak longgar.
* Untuk jas, pilih yang single-breasted.
* Pilih baju yang tidak banyak kancing dan aksesori. Jangan beli baju yang terlalu  kecil atau besar.
* Pilih bahan atau material yang sesuai di badan dan mata, misalnya linen dan katun. Hindari material yang lembut dan  berkilat kerana anda akan lebih
kelihatan berisi.
* Pilih baju dengan potongan leher yang berbentuk V untuk kelihatan lebih tinggi.
* Gunakan motif garis vertikal, tapi terlalu banyak garis vertikal malah membuat anda tampak lebih lebar. Garis vertikal atau diagonal yang tidak terlalu rapat lebih menguntungkan. Gaya yang memanjang ke bawah membuat anda kelihatan lebih langsing
* Pilih seluar panjang yang lurus. Seeloknya, pilih seluar yang tiada poket yang banyak.
* Agar kaki nampak lebih panjang, sesuaikan warna stoking dan kasut

Happy Chinese New Year..

Harini still chinese new year kn.. but aku da msuk kje pun..(huhu..sdey :'(... ) jalan lengang smpi klu aku guling2 atas jalan pn msti xde kreta nk langgar..haha.. sbenarnya alasan je tu sbb aku still nk guling2 atas katil kn...aku n kenkawan opis suma set arini nk pki merah beb.. kekonon la dpt ong.. ong la sgt kn... sdngkan Mr.Ong pn (ntah sape aku pn xknl) mst tgh bermalas-malasan kt depan tv smbil mkn kacang..huhu.. Eh..eh..da jauh aku melalut..xsedar..sdp taip jeni.. Okey.okey..terciptanya blog ni (cewah ayat nk power je)adalah untuk tujuan berkongsi semua suka dan duka.. eh..eh..untuk berkongsi tips2 untuk sihat, muda, cantik dan lansing..so..sape2 yg ade tips untuk SMCL (sihat,muda,cantik lansing) sila la berkongsi dgn saya ye...