Thursday, 14 February 2013

Sejarah Korset

Sblm ni kita cerita pasal kelebihan korset kn.. skrng sy nk cerita pasal sejarah korset pulak.. macam mana bole ada pemakaian korset ni.. Jom layan... info yg menarik ni saya jumpa di blog 1001 Perempuan..

korset diperkenalkan sejak tahun 1820 di Eropah. kalau nak cerita pasal sejarah korset, memanglah sangat panjang. asalnya dari korset jenis besi yang bertujuan untuk melindungi wanita dari berkelakuan curang pada suami, sampailah korset yang diperbuat dari tulang ikan paus dan keluli. tujuan masih sama. untuk melindungi wanita supaya tidak mudah bergerak bebas dalam melakukan apa-apa. ia untuk menjaga moral seseorang anak gadis dalam keluarga. di Eropah dulu, hanya golongan kelas atasan sahaja yang memakai korset. semakin ketat korset tersebut, maka semakin sukar lah wanita itu untuk bergerak dan melakukan kerja. maka, ia dianggap kedudukan wanita itu yang maha suci dikalangan masyarakat umumnya. biasanya dia cuma duduk diam di rumah dan bercantik-cantik sahaja. tak perlu melakukan kerja-kerja di rumah seperti memasak dan mengemas rumah kerana ada bibik yang buatkan untuknya. ohh... walaupun dia nampak cantik, tapi azabnya memakai korset itu hanya dia dan tuhan saja yang tahu. korset pada zaman itu sangat menyakitkan dan tidak selesa dipakai tahuu!!

korset berubah mengikut zaman. dan akhirnya, sehingga sekarang korset masih digunakan tapi bukan tujuan untuk melindungi wanita dari berlaku curang. tapi ia digunakan untuk tujuan kecantikan. ya! korset adalah pakaian dalam yang sangat penting untuk menyokong tulang belakang, mengangkat payudara dan membentuk pinggang orang perempuan. selain menjaga bentuk yang sempurna, ia juga mampu menyembunyikan lelemak di badan.

bagi perempuan yang sekarang ini mempunyi bentuk badan yang kurang menarik, hmm... bentuk macam voluptuous chubby, chubby, plum, BBW atau yang seangkatan dengannya, atau bentuk badan ala average, nak bagi bentuk tu lebih menarik, penggunaan korset adalah jalan terbaik selain diet dan bersenam. aktiviti diet dan bersenam adalah untuk pembakaran lelemak yang berlebihan. bagaimana pula bentuk badan anda selepas itu? adakah menggeleber atau lembik semacam? payudara yang besar akan jatuh bila berat badan susut seiring dengan pengurangan lelemak dibadan. jadi, cara yang terbaik untuk memastikan bentuk payudara kekal cantik adalah dengan memakai pakaian dalam (lingerie) yang bersesuaian untuk memberikan impak bentuk yang menawan hasil daripada usaha anda menurunkan berat badan ataupun nak kurus.

impak ketara bila kita memakai korset ini untuk jangka waktu yang panjang ialah badan akan nampak lebih cantik, (mantap sangat!) tanpa kelihatan lebihan lelemak di celah-celah badan. contoh pinggang, perut, peha, lengan, dan tepi payudara (tak tahu nak panggil apa bahagian tu).

sekarang ini ada baaaaaanyak sangat jenama lingerie yang menawarkan set lingerie body shaping. teknologi semakin canggih maka, design set lingerie body shaping juga telah diperbaiki dengan fabrik yang berkualiti, selamat, selesa dan memenuhi kehendak wanita pada hari ini. anda harus memilih yang manakah yang sesuai untuk badan anda. ada certain fabrik, bila dipakai lama-kelamaan ia akan nampak pecah (tak tahu macamana nak explain sudahh..) ada pulak bila mula-mula pakai elok jer melekat di badan. bila duduk atau bergerak jer, bahagian pinggang tu tergulung masuk ke dalam lalu mencengkam pinggang. bra nya pulak terlalu ketat sehingga menyakitkan garisan bawah payudara.
Ini la korset idaman hati saya.. sbb ade tali nk tarik mcm dlm filem Titanic tu..

NASIHAT YG BERGUNADAN PENTING YG DIBERI OLEH PENULIS BLOG 1001 PEREMPUAN.
KREDIT TO THIS BLOG ;)

wahai sayang-sayang sekelian, anda kena tahu apa yang badan anda perlukan. jika anda ingin membeli set lingerie body shaping, hal yang paling penting sekali untuk anda lakukan adalah FITTING. mencuba pakaian dalam itu terlebih dahulu sebelum membelinya. ini kerana saiz badan setiap kita adalah berbeza. silalah jangan terpengaruh dengan iklan-iklan yang menawarkan set body shaping yang menawarkan FREE SIZE kerana dikhuatiri tidak memenuhi kehendak tubuh badan anda. perkara yang paling selamat anda lakukan untuk membeli set lingerie body shaping ini adalah dengan pergi sendiri ke kedai yang menjualnya, dan MESTI FITTING. kalau kedai itu tidak membenarkan anda fitting dan hanya bertanyakan saiz pinggang, punggung dan dada anda sahaja, lebih baik blah dari situ dengan segera!

sayang-sayang sekelian kena ingat, memakai lingerie body shaping memerlukan kesabaran dan kekuatan mental yang tinggi. pada awalnya anda akan merasa kurang selesa. tapi lama-kelamaan, anda akan merasai sendiri perubahan dan anda akan semakin menyukainya. minimum penggunaan lingerie set body shaping ini adalah 8 jam. dan badan kita memerlukan keselesaan sepanjang 8 jam itu untuk bekerja dan melakukan aktiviti kesukaan kita. jadi, silalah ikuti nasihat saya ini. penat saya taip tahuu!! jangan bazirkan wang anda pada sesuatu yang tidak mendatangkan keuntungan pada anda. mungkin anda terpaksa melabur wang yang lebih untuk mendapatkan penjual set lingerie body shaping yang menawarkan servis "fitting dulu sebelum beli". tapi saya yakin, pelaburan anda tidak akan sia-sia.

No comments:

Post a Comment